Razer telah mengumumkan pemberian pelitup muka percuma di Malaysia melalui inisiatif #RazerForLife sebagai salah satu usaha mengekang penularan wabak pandemik COVID-19.

Inisiatif ini diusahakan melalui kolaborasi di antara Razer Fintech dan Berjaya Corporation. Pelitup muka buatan Razer Health ini akan diedarkan menerusi kedai-kedai 7-Eleven di seluruh Malaysia.

Pengguna yang berminat untuk mendapaptkannya perlu mempunyai akaun e-dompet Razer Pay yang telah disahkan. Hanya satu pelitup muka akan diberikan kepada setiap pengguna pada setiap bulan dari Julai hingga November 2020.

Selain itu, pengguna juga boleh mendapatkan pelitup muka ini dari 1 Julai hingga 31 Disember 2020 dengan melakukan sekurang-kurangnya 1 transaksi bernilai Rm10 dan ke atas.

Buat masa ini hanya 7-Eleven sahaja yang terlibat di dalam inisiatif #RazerForLife. Namun, Razer Fintech mengalu-alukan penglibatan kedai-kedai dan peniaga-peniaga lain dalam inisiatif ini dengan menghantar emel ke razerpay-sales@razer.com

Tinggalkan komentar