Secara umumnya, cipset siri Qualcomm Snapdragon 8, menawarkan apa yang terbaik dari Qualcomm dan sering kali diketemukan pada telefon-telefon pintar mercu. Snapdragon 855 merupakan cipset terbaik sepanjang tahun 2019 dan kini tempatnya diambil alih oleh Snapdragon 855 Plus.
Sebagaimana namanya, Snapdragon 855 dan Snapdragon 855 Plus merupakan model cipset yang hampir sama. CPU Kyro 845 di dalam cipsetnya masih lagi menawarkan gabungan satu teras Prime, tiga teras Perfomance dan empat teras Efficiency.
Bagaimanapun, kelajuan klok untuk teras Prime Snapdragon 855 Plus jauh lebih tinggi pada 2.96GHz berbanding 2.84GHz pada 855 asal. Selain itu, Qualcomm juga membawakan tambahan 15% prestasi dari GPU Adreno 640 di dalam cipset terbaru keluarannya ini.
| Qualcomm Snapdragon Flagship SoCs 2019 | |||
| SoC | Snapdragon 855 |
Snapdragon 855+ |
|
| CPU | 1x Kryo 485 Gold (A76 derivative) @ 2.84GHz 1x512KB pL2 3x Kryo 485 Gold (A76 derivative) 4x Kryo 485 Silver (A55 derivative) 2MB sL3 |
1x Kryo 485 Gold (A76 derivative) @ 2.96GHz 1x512KB pL2 3x Kryo 485 Gold (A76 derivative) 4x Kryo 485 Silver (A55 derivative) 2MB sL3 |
|
| GPU | Adreno 640 @ 585MHz | Adreno 640 @ ~672MHz | |
| Memory | 4x 16-bit CH @ 2133MHz LPDDR4x 34.1GB/s 3MB system level cache |
||
| ISP/Camera | Dual 14-bit Spectra 380 ISP 1x 48MP or 2x 22MP |
||
| Encode/ Decode |
2160p60 10-bit H.265 HDR10, HDR10+, HLG 720p480 |
||
| Integrated Modem | Snapdragon X24 LTE (Category 20) DL = 2000Mbps UL = 316Mbps |
||
| Mfc. Process | 7nm (N7) | ||
Menurut Qualcomm, pengguna dijangkakan bakal melihat peranti-peranti yang menggunakan Snapdragon 855 Plus dalam tahun ini juga. Berkemungkinan peranti-peranti yang bakal dilancarkan dengan cipset ini akan diumumkan dalam masa yang terdekat ini.
Sumber berita diperoleh dari Qualcomm













