Samsung akhirnya telah mendedahkan hasil siasatan punca mengapa Galaxy Note 7 mudah terbakar. Pada awalnya, wujud spekulasi bahawa bateri peranti berkenaan menjadi punca dalam insiden-insiden kebakaran yang melibatkan sebilangan pengguna.

Dalam laporan siasatan rasmi tersebut, terdapat dua jenis kecacatan bateri Galaxy Note 7 berikutan terdapat dua jenis pembekal yang menghasilkan bateri-bateri peranti berkenaan.

Bateri lithium-ion dihasilkan dengan elektrod positif dan negatifyna diletakkan secara berasingan dengan menempatkan bahan berkonduktif di antara kedua-duanya. Ini bagi membenarkan elektron-elektron mengalir di antara kedua-duanya bagi menjana arus elektrik.

Jika kedua-dua elektrod ini bersentuhan, proses kimia yang berlaku akan dipercepatkan. Seterusnya akan menyebabkan berlakunya litar pintar hingga keseluruhan bateri disambar api dan macam tu lah yang berlaku pada Samsung Galaxy Note 7.

Kelompok pertama bateri-bateri peranti ini didapati mengalami kecacatan pada bahagian kerangka luar yang menyebabkan kedua-dua elektrod boleh terlipat bersama-sama hingga bersentuhan. Sentuhan ‘haram’ inilah yang menjadikan litar pintas berlaku pada bateri dan seterusnya merebak ke peranti.

Menurut Samsung, para jurutera telah menemukan punca masalah pada kelompok pertama sebaik sahaja pemulangan semula peranti peringkat awal dilakukan. Pihak syarikat juga telah melakukan penukaran ke kelompok kedua bateri sebaik sahaja mendapati kecacatan pada kelompok pertama tiada pada kelompok kedua.

Bagaimanapun, berlaku ralat sewaktu proses pembuatan yang mana pengimpal telah menebuk secara tidak sengaja pada bahagian pengasing antara elektrod positif dan negatif. Akibatnya, bateri kelompok kedua ni pun sama mudah terbakar juga.

Lebih dari 700 orang jurutera Samsung telah melakukan pengujian terhadap lebih kurang 200,000 peranti dan 30,000 bateri sahaja sebelum memutuskan bahawa masalah telefon pintar mudah terbakar ini sememangnya berpunca dari bateri.

Sungguhpun ia berlaku akibat kesilapan sewaktu proses pembuatan, sesetengah pakar mendakwa ini semua berpunca dari rekaan estetika telefon pintar moden hari ini.

Syarikat-syarikat seperti Samsung sedaya upaya cuba membawa teknologi; bateri yang lebih nipis dan lebih berkuasa ini ke peringkat yang lebih tinggi hingga mencapai hadnya. Dijangkakan, masalah-masalah yang seperti ini mungkin akan berulang pada perant-peranti flagship yang akan datang.

Sumber berita diperoleh dari Consumer Report

2 KOMEN

Tinggalkan komentar