Selepas memberikan bayangan satu kerjasama dibentuk dengan francais film Malaysia KL Gangster pada bulan lalu, PUBG Mobile kini telah melancarkan acara rentas jenama dalam permainan, PUBG Mobile x KL Gangster. Acara yang menawarkan pelbagai barangan dalam permainan dan misi ini akan ditawarkan bermula dari sekarang hingga 15 Ogos 2022.
Pemain akan ditawarkan dengan pek suara khas Malek dan Shark yang berdasarkan dialog-dialog terpilih dari filem KL Gangster. Menariknya, dialog-dialog berkenaan disumbangkan sendiri oleh pelakonnya, Aaron Aziz dan Syamsul Yusof.
Acara dalam permainan Gangster Street ini boleh dimulakan dengan Malek’s Redemption. Selepas berjaya melengkapkan misi 10 hari yang disediakan, pemain akan mendapatkan pek suara Malek Basic Edition secara percuma dan membuka laluan acara Sharkâs Takeover.
Selain itu, pemain juga boleh membeli di dalam permainan pek suara Enhanced Edition yang menyertakan 12 dialog suara bagi setiap pek pada harga 100 crystal. Setiap watak akan mempunyai dua pek suara unik Enhanced Edition yang boleh didapati di kedai dalam aplikasi dan satu pek suara Basic Edition yang hanya boleh didapati selepas melengkapkan misi Gangster Street.
Buat anda yang berminat untuk bermain acara KL Gangster di dalam permainan PUBG Mobile ini, anda boleh pergi ke tab ‘Events’ dan seterusnya pilih ‘Gangster Street’. Maklumat lanjut, kunjungi laman rasmi Facebook PUBG Mobile Malaysia.