Kedai komputer dan alat telekomunikasi telah dibenarkan untuk beroperasi sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang bermula dari esok, 16 Julai 2021.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) petang tadi.
Selain dari kebenaran operasi kedai komputer dan alat telekomunikasi, Majlis Keselamatan Negara (MKN) turut memberikan kebenaran beroperasi kedai buku dan alat tulis. Kebenaran beroperasi ini sedikit sebanyak dapat membantu orang ramai dalam usaha pemulihan negara dari wabak pandemik COVID-19.
Menurut beliau, kebenaran ini dibuat selepas mengambil kira maklum balas dari pelajar, ibu bapa dan guru-guru yang kini sedang menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).
Imej cover dari NZ IT Solution, Jitra, Kedah













