POCO telah membuat kemunculannya di acara Mobile World Congress (MWC) di Barcelona pada tahun ini menerusi POCO X4 Pro. Telefon pintar terkini dari POCO ini akan memasuki pasaran Malaysia pada minggu ini.
Sungguhpun telefon ini secara rasminya telah diumumkan pada hari ini, maklumat mengenainya POCO X4 Pro telah tertiris lebih awal sebelum itu. Ini termasuklah maklumat mengenai telefon ini menggunakan Qualcomm Snapdragon 695 dan paparan AMOLED Full HD+ 6.67-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz.
Selain itu, telefon ini juga menampilkan modul tri-kamera yang menyertakan kamera utama 108MP f/1.9. Serta diiringi oleh kamera ultra lebar 8MP f/2.2 dan satu kamera makro 2MP f/2.4. Untuk swafotonya, sebuah jamera 16MP f/2.4 disediakan pada sebelah hadapannya.
Sama seperti yang diketahui ketika maklumatnya ditiriskan, telefon pintar ini disahkan hadir dengan bateri 5,000mAh. Ia juga menyokong pengecasan pantas sehingga 67W dan turut menyertakan pengecas bersama-sama pembeliannya. Telefon berkeupayaan 5G ini juga mengambil masa sekitar 41 minit sahaja untuk dicaskan sehingga penuh.
POCO X4 Pro dengan RAM 6GB dan storan 128GB dijual pada harga RM1,199. Manakala untuk berkapasiti yang lebih besar iaitu RAM 8GB dan storan 256GB, telefon ini dijual pada harga RM1,499.
Boleh didapati secara eksklusif menerusi kedai rasmi POCO di Shopee, pembeli terawal berpeluang mendapatkan POCO X4 Pro pada harga diskaun RM1,099 dan RM1,249 masing-masing mengikut kapasiti pada 3 Mac ini.













