Dua minggu selepas diperkenalkan secara global, POCO F2 Pro akan dilancarkan pada hari ini. Berdasarkan apa yang dikongsikan oleh laman rasmi Facebook POCO Malaysia, ‘sesuatu’ bakal diumumkan pada 28 Mei ini.

Perkara ini pastinya sesuatu yang dijangkakan memandangkan Xiaomi Malaysia telah pun mengesahkan kehadiran telefon pintar ini ke pasaran Malaysia beberapa minggu yang lepas.

POCO F2 Pro juga telah melepasi proses persijilan SIRIM lebih awal dari tarikh pelancarannya di peringkat global.

Dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 865, POCO F2 Pro merupakan Redmi K30 Pro yang dijenamakan semula oleh Xiaomi. Dijangkakan harga bagi telefon pintar keluaran terbaru POCO ini bakal diumumkan tidak berapa lama lagi.

Tinggalkan komentar