Sony awal hari ini telah mendedahkan tarikh pelancaran rasmi dan harga bagi pasaran global konsol permainan terbarunya, PlayStation 5.

Sama seperti Xbox Series X dan Xbox Series S, kedua-dua variannya iaitu PS5 standard dan PS5 Digital Edition (tanpa cakera) bakal menemukan pengguna pada November ini.

Peringkat pertama kelompok pasaran PlayStation 5 bakal menemukan pengguna masing-masing pada 12 November ini meliputi Amerika Syarikat, Jepun, Kanada, Mexico, Australia, New Zealand, dan Korea Selatan.

Manakala bagi pasaran-pasaran rantau berikutnya pula, ianya bakal hadir selepas 19 November kelak.

Berikut adalah harga yang telah ditetapkan bagi PlayStation 5 mengikut variasinya bersama-sama aksesori berkaitan:

PlayStation 5: USD 499.99 (~RM 2066) / EU 499.99 (~RM 2441) / GBP 449.99 (~RM 2411) / JPY 49,980 (~RM 1967)

PlayStation 5 Digital Edition: USD 399.99 (~RM 1653) / EU 399.99 (~RM 1952) / GBP 359.99 (~RM 1929) / JPY 39,980 (~RM 1573)

DualSense Wireless Controller: USD 69.99 (~RM 290) / JPY 6,980 (~RM 275) / EU 69.99 (~RM 342)

PULSE 3D wireless headset: USD 99.99 (~RM 414) / JPY 9,980 (~RM 393) / EU 99.99 (~RM 488)

HD Camera:  USD 59.99 (~RM 248)  / JPY 5,980 (~RM 236)  / EU 59.99 (~RM 293)

Media Remote: USD 29.99 (~ RM 124) / JPY 2,980 (~RM 118) / EU 29.99 (~RM 147)

DualSense Charging Station: USD 29.99 (~ RM 124) / JPY 2,980 (~RM 118) / EU 29.99 (~RM 147)

Untuk judul-judul permainannya pula, Sony menyatakan judul terbitan PlayStation Studios boleh didapati di pasaran pada harga sekitar dari USD 49.99 (~RM 207) ke USD 69.99 (~RM 290).

Setakat ini masih belum ada sebarang pengumuman mengenai harga tepat dan tarikh pelancaran PlayStation 5 bagi pasaran Malaysia. Dijangkakan harganya mungkin sekitar RM1,700 hingga RM2,200 bergantung kepada keadaan pasaran semasa dan juga kadar tukaran mata wang.

Tinggalkan komentar