Sony Interactive Entertainment (SIE) akhirnya telah mengumumkan konsol baharu PlayStation 5 (PS5) pada hujung minggu lalu. Bagaimanapun, Sony tidak menyatakan harga bagi konsol permainan elektronik terbaru ini sewaktu pengumumannya.
Bagaimanapun, Amazon Perancis baru-baru ini telah memberikan kejutan dengan menyenaraikan harga bagi Sony PlayStation 5 (PS5).
Pengguna Twitter bernama Ben Geskin sempat berkongsikan tangkapan skrin halaman berkenaan yang menunjukkan harga €499 dengan tarikh mula dijual 20 November. Harga tersebut dirasakan bersesuaian dengan konsol berkenaan. Tidak diketahui sama ada edisi digital Sony PlayStation 5 bakal hadir dengan yang lebih rendah atau tidak.
PlayStation 5 Price: 499€?
Digital Edition: 399€? Not bad 👌 pic.twitter.com/JMA3Mj39U5
— Ben Geskin (@BenGeskin) June 16, 2020
Ini bukanlah kali pertama harga yang didakwa untuk PS5 muncul di dalam talian. Namun maklumat berkenaan agak meragukan kerana harga yang dinyatakan adalah terlalu tinggi bagi sesebuah konsol.
PlayStation 5 2TB placeholder listing on Amazon UK says it’s £599.99. No link posted to Amazon but someone was able to order it apparently https://t.co/f7QUdXsdGu pic.twitter.com/1SEEInbeHP
— Wario64 (@Wario64) June 10, 2020
Berdasarkan perkembangan terbaru ini, diharapkan Sony Interactive Entertainment (SIE) bakal mengumumkan harga rasmi bagi Sony PlayStation 5.