Selain melancarkan televisyen Neo QLED 2023, Samsung Malaysia turut memperkenalkan peti sejuk baharu BESPOKE Top Mount Freezer.

Peti sejuk baharu keluaran Samsung ini hadir dengan ciri prestasi penyejukan tersuai dan diilhamkan dengan konsep mesra alam.

Presiden Samsung Malaysia Electronics Danny Kim ketika melancarkan Peti Sejuk BESPOKE Top Mount Freezer

Ia juga boleh mengekalkan kesegaran makanan yang disimpan menggunakan teknologi Optimal Fresh+ pada bahagian atasnya. Terdapat empat mod suhu yang dipra-tetapkan bagi mengekalkan tahap kesegaran makanan untuk menjadikannya tahan dua kali ganda lebih lama.

Samsung juga mengintegrasikan SmartThings AI Energy Mode bagi membolehkan anda memantau penggunaan tenaga peti sejuk anda terus dari telefon pintar. Melalui ciri ini, anda boleh menjimatkan tenaga secara proaktif dan sentiasa dimaklumkan tentang kadar penggunaan tenaga. Selain itu, peti sejuk ini juga mempunyai waranti selama 20-tahun untuk kompressornya.

Berikut adalah harga peti sejuk Samsung BESPOKE Top Mount Freezer mengikut kapasiti dan modelnya:

Saiz Peti Sejuk Kod Model Harga
476L RT47CB66448A RM3,399
476L RT47CB66448C RM3,399
476L RT47CB66448J RM3,399
476L RT47CB664422 RM3,399
427L RT42CB66443P RM3,199
427L RT42CB664412 RM3,199
427L RT42CB66443V RM3,199
427L RT42CB6644C3 RM3,199
404L RT38CB66448A RM3,199

Maklumat lanjut mengenai Peti Sejuk Samsung BESPOKE Top Mount Freezer, layari laman web rasmi Samsung Malaysia.

Tinggalkan komentar