Hujung minggu lalu, Perdana Menteri Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan pengecualian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Goods and Services Tax, GST) terhadap tambah nilai prabayar akan terus dikekalkan sehingga tahun hadapan. ‘Pengecualian’ ini telah pun dilaksanakan sejak 1 Januari 2016 sebagai sebahagian dari intipati Bajet 2016.

Nak kata pengecualian pun tak berapa pasti jugak sebabnya masa kita topup tu, nilai yang kita topup tu akan ditolak GST siap-siap. Lepas tu baru dia akan kembalikan semula nilai yang ditolak tu dalam bentuk rebat dalam tempoh kurang dari 24 jam. Confuse jugak masa mula-mula pelaksanaan GST pada topup prepaid ni dulu. Ikut tweet dari PM dulu, “Pengguna pra-bayar telco warga Msia akn dpt kembali rebat brsamaan dgn amaun GST yg dibyr, dikredit terus mulai 1 Jan–31 Dis 2016 #Bajet2016″.

Bagaimanapun, kenyataan media Jabatan Perdana Menteri melalui Twitter yang dibuat semalam menyatakan pengecualian GST untuk kad tambah nilai prabayar akan terus dikekalkan pada tahun 2017 nanti.

Sumber berita diperoleh dari Bernama

3 KOMEN

Tinggalkan komentar