- Rekreasi digital Makam Lihyan yang inovatif di Hegra ini membolehkan para pengembara dalam talian meneroka sepenuhnya monumen AlUla yang paling terkenal ini dari luar dan dalam dan dari mana-mana sahaja di dunia
- Boleh diakses melalui Decentraland, pengalaman belon udara panas yang menyeronokkan dan interaktif ini membolehkan para pengunjung meluncur tinggi di atas Hegra dengan menawarkan pemandangan mercu tanda ikonik yang luar biasa dan amat realistik
ALULA, Arab Saudi, 21 Februari 2023 /PRNewswire/ — Kemunculan pertama Suruhanjaya Diraja AlUla (RCU) baru-baru ini dalam dunia Metaverse menjemput para pengunjung untuk meneroka dan menjelajah model Makam Lihyan, Anak Lelaki Kuza di Hegra dalam bentuk 3D yang imersif sepenuhnya dan pada skala sebenar – tapak Warisan Dunia UNESCO yang pertama dalam sebuah alam digital yang menarik dan boleh diakses dari seluruh dunia.
Kini, RCU telah melangkah lebih jauh dengan memanfaatkan kebolehsuaian dan keupayaan Metaverse yang luar biasa bagi menarik pelancong maya ke dalam dimensi baharu yang menyeronokkan dengan pelancaran pengalaman belon udara panas interaktif. Sebagai fasa seterusnya yang mengujakan dalam perjalanan Metaverse RCU, pengalaman tersebut dilancarkan bersama-sama edisi terbaharu Festival Belon Udara Panas AlUla tahunan dengan kerjasama Persekutuan Belon Udara Panas Arab Saudi.
Menawarkan pemandangan menyeluruh ke arah mercu tanda Hegra yang paling terkenal dan tiada tandingan serta hiper realistik kepada para pengunjung dalam talian, pengalaman belon udara panas ini menggabungkan keseronokan melayari ruang udara padang pasir secara digital dengan pengalaman unik yang direka untuk meningkatkan tahap permainan dan keseronokannya. Selain itu, RCU turut menawarkan peluang terhad kepada beberapa orang penumpang belon udara untuk menerima NFT boleh dipakai yang akan menyingkap pengalaman masa depan di metaverse.
Pengalaman yang menggabungkan keseronokan pengembaraan video tanpa henti dengan pengalaman menaiki belon udara panas sebenar di ruang udara Hegra yang indah dan menakjubkan ini merupakan tambahan yang ideal bagi kemasukan RCU yang luas dan inovatif ke dalam Metaverse, membolehkan ia berhubung dengan spektrum pengunjung dalam talian yang pelbagai dari semua peringkat umur.
Dicipta dalam landskap digital Decentraland yang luas dan berkembang pesat dengan kerjasama frog, sebuah syarikat perundingan kreatif global yang terkenal, Hegra di alam maya ini menawarkan akses yang luas kepada para pelancong digital yang akan dapat meneroka ciri-ciri uniknya dari mana-mana lokasi di dunia.
frog yang merupakan sebahagian daripada Capgemini Group, telah dilantik untuk membangun, menyampaikan dan memudahkan pelancaran Hegra di Metaverse sambil menyokong strategi pintar RCU sepenuhnya untuk memacu inovasi dan menerima kemajuan teknologi terkini melalui pembangunan semula Daerah AlUla secara komprehensif.
Perjalanan ke Hegra dalam dunia Metaverse adalah sesuatu yang mengagumkan, memberi inspirasi dan memukau. Para pengunjung boleh membuat lawatan secara 360 darjah ke makam AlUla yang paling terkenal dan hebat ini, yang terletak di tengah-tengah landskap padang pasir yang realistik.
Dengan memberikan pengalaman yang lebih mudah diakses berbanding pengalaman yang boleh didapati dalam kehidupan sebenar, pelancong Decentraland dapat menyelami sejarah Hegra dengan melangkah masuk ke pintu makamnya yang mengagumkan.
Penglibatan Hegra dalam dunia Metaverse menandakan satu langkah besar ke hadapan dalam perjalanan inovasi RCU – memecut ke masa depan pelancongan melalui pengalaman bagi memastikan AlUla bersedia untuk mengalu-alukan pelawat dalam dunia masa depan digital yang muncul dengan pesat.
Dengan kehadiran RCU yang semakin berkembang dalam dunia Metaverse, Hegra akan menjadi tuan rumah kepada beberapa acara eklektik yang disusun dan dianjurkan untuk memperkenalkan keajaiban AlUla kepada dunia secara digital, menjadikan kekayaan budaya, warisan dan tradisi kaum Arab di kawasan barat laut kini lebih mudah diakses oleh lebih ramai orang.
Portal maklumat yang tersedia akan membawa para pengunjung ke pelbagai aspek warisan AlUla, memperluas kesedaran tentang perkongsian sejarah kewujudan manusia 200,000 tahun dahulu serta memperbaharui tradisi perkongsian pengetahuan Abad ke-21 dan seterusnya yang kaya ini secara radikal sebagai sebahagian daripada program Wawasan 2030 KSA untuk memperkasakan transformasi dan inovasi teknologi.
Ahmed H Daoud, Pemangku Pengarah Eksekutif Inovasi RCU, berkata: “Penglibatan pertama RCU dalam dunia Metaverse ini merupakan langkah pertama dalam perjalanan penerokaan yang akhirnya akan menyingkap sebuah dunia baharu dan menarik untuk membantu mengembangkan dan meningkatkan hubungan AlUla dengan generasi baharu dari kalangan khalayak global yang diterajui teknologi.
“Kehadiran Hegra dalam Metaverse semakin meningkatkan keseronokan para pengunjung apabila mereka mengunjungi tapak fizikal AlUla melalui pengalaman interaktif yang mendorong batas pemikiran melalui penemuan digital. Penambahan pengalaman belon udara panas baharu ini bermakna para pelancong Metaverse dapat melihat Hegra dalam dimensi baharu, memberikan para peneroka dengan akses digital kepada salah satu mercu tanda yang paling berharga di dunia dengan cara yang lebih luas daripada sebarang kemungkinan yang dapat dicapai dalam kehidupan sebenar.”
Pengalaman belon udara panas ini menyusul selepas pengaktifan Jelajah Arab Saudi di Metaverse pada bulan lepas yang membolehkan para pengunjung digital menonton siaran langsung tentang Hegra.
UNESCO telah menetapkan Hegra sebagai Tapak Warisan Dunia KSA yang pertama pada tahun 2008. Terletak 20 km di utara bandar AlUla, tapak ini meliputi kawasan seluas 52 hektar dan menempatkan 110 makam di tengah-tengah pembentukan batu yang menakjubkan, dengan Makam Lihyan, Anak Lelaki Kuza sebagai makam terbesar setinggi 22 meter. Dirujuk sebagai ‘istana terasing’ kerana jaraknya daripada monumen-monumen lain, ia merupakan tapak pemuliharaan terbesar dalam tamadun Nabataean purba di selatan Petra, Jordan.
Para pengunjung boleh meneroka Hegra di sini: https://play.decentraland.org/?position=-121%2C-149&realm=marvel&island=Ickzn
Untuk pertanyaan media, sila hubungi publicrelations@rcu.gov.sa
Nota untuk editor:
Ia sentiasa dieja sebagai AlUla / bukan Al-Ula
Tentang Suruhanjaya Diraja AlUla
Suruhanjaya Diraja AlUla (RCU) ditubuhkan oleh dekri diraja pada bulan Julai 2017 untuk memelihara dan membangunkan AlUla, sebuah wilayah yang mempunyai alam semula jadi yang luar biasa dan budaya yang signifikan di barat laut Arab Saudi. Pelan jangka panjang RCU menggariskan pendekatan yang bertanggungjawab, lestari dan sensitif terhadap pembangunan bandar dan ekonomi yang mengekalkan warisan semula jadi dan bersejarah di kawasan ini di samping menjadikan AlUla sebagai sebuah lokasi yang menarik untuk didiami, bekerja dan dilawati. Ini mencakupi pelbagai inisiatif yang merangkumi arkeologi, pelancongan, kebudayaan, pendidikan dan kesenian yang mencerminkan komitmen untuk memenuhi kepelbagaian ekonomi, pemerkasaan komuniti tempatan dan keutamaan pemeliharaan warisan daripada program Wawasan 2030 Kerajaan Arab Saudi.
Hubungan Media: Daniel Andrews, daniel.andrews@hkstrategies.com , +971556217063
Video – https://mma.prnewswire.com/media/2005924/Hegra_Metaverse.mp4
Foto – https://mma.prnewswire.com/media/2005918/Hegra_Metaverse.jpg
Foto – https://mma.prnewswire.com/media/2005919/Hegra_Metaverse_Ballon.jpg
















