Sony hari ini telah mengadakan Mesyuarat Strategi Korporat 2019 dan turut melibatkan strategi untuk konsol permainannya yang akan datang – bakal dikenali sebagai PlayStation 5. Menurut Sony, konsol permainan berkenaan akan berpegang pada prinsip ‘immersif (immersive)’ dan ‘lancar (seamless).’
Matlamat ini mampu dicapai dengan “meningkatkan kelajuan merender grafik dengan lebih dramatik”, melalui kuasa sistem perkomputeran yang telah dipertingkatkan serta penggunaan SSD ultra-pantas tersuai.
Selain itu, fungsi penstriman juga akan menjadi fokus utama PlayStation melalui evolusi Remote Play dan PlayStation Now. Sasaran Sony adalah untuk menyediakan pengalaman permainan lebih lancar yang dapat dicapai di mana sahaja pada bila-bila masa. Justeru, hasil kerjasama dengan Microsoft merupakan salah satu perancangan untuk merealisasikannya.
Mesyuarat Strategi Korporat tidak berhenti setakat itu, pihak Sony juga turut mempertontonkan video yang menunjukkan prestasi PS5 berbanding dengan PS4 Pro. Sebagaimana di dalam video berikut yang memaparkan permainan Marvel Spider Man, PS5 mempunyai masa memuat (loading) yang lebih pantas, seterusnya menjadikan masa memuatkan permainannya juga lebih pantas.
Sony’s official video comparing performance of PS4 Pro vs next-gen PlayStation pic.twitter.com/2eUROxKFLq
— Takashi Mochizuki (@mochi_wsj) May 21, 2019
Bagaimanapun, video berkenaan tidak menggambarkan kuasa PS5 secara keseluruhannya. Ianya sekadar menggambarkan kadar kelajuan sistemnya memuatkan permainan dan juga isi kandungan di dalamnya.
Sumber berita diperoleh dari Twitter Takashi Mochizuki













