Sebahagian pelanggan-pelanggan U Mobile dikatakan sedang mengalami gangguan perkhidmatan di beberapa kawasan. Perkara ini dinyatakan menerusi hantaran-hantaran yang dikongsikan oleh pelanggan U Mobile yang terkesan di akaun media sosial masing-masing.

Gangguan ini mula berlaku sejak beberapa jam yang lepas dengan sambungan telekomunikasi pada peranti pelanggan terbabit mengeluarkan status “No Services” atau “SOS Only”.

Menerusi maklumbalas yang diberikan oleh pihak U Mobile kepada pelanggan-pelanggan yang terkesan, keadaan dijangka kembali pulih daam tempoh sekitar 2 jam lagi, atau sekitar jam 1.30 pagi nanti.

Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah pengguna yang kini mungkin sudah boleh menggunakan perkhidmatan U Mobile seperti biasa. Bagi pengguna yang masih lagi terkesan, mungkin boleh cuba menghidupkan semula peranti masing-masing untuk memeriksa keadaan perkhidmatan semasa.

Tinggalkan komentar