Utama Mobile Aplikasi Fahmi: PDRM panggil Pengurusan Tertinggi TikTok ke Bukit Aman pada 4 Sept

Fahmi: PDRM panggil Pengurusan Tertinggi TikTok ke Bukit Aman pada 4 Sept

76
0
Imej dari Facebook Fahmi Fadzil

Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memanggil pengurusan tertinggi TikTok ke Bukit Aman pada 4 September ini berhubung isu penyebaran berita palsu di platformnya, menurut Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Ia berikutan kelewatan tindakan oleh platform media sosial terbabit dalam memberikan kerjasama menangani penyebaran berita palsu.”Pihak TikTok sangat lambat memberikan maklumat kepada PDRM sehingga saya terpaksa menelefon CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) TikTok sendiri Shou Zi Chew untuk maklumkan, perkara ini adalah jenayah yang telah dilakukan dan organisasi anda sangat lambat.

“Sikap itu tidak boleh kami biarkan dan insya-Allah Khamis ini akan ada satu mesyuarat di Bukit Aman disertai Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki,” menurut menteri berkenaan.

Selain TikTok, Fahmi turut menyatakan syarikat induk Facebook, Meta Platforms Inc turut dipanggil berkenaan isu penyebaran kandungan tidak bermoral terutamanya melibatkan penyebaran kandungan pedofilia di dalam Facebook dan WhatsApp.

“Kita lihat pihak platform-platform ini mereka tidak mengambil sikap yang serius, jadi proses dialog itu akan diteruskan dan kita akan beri penegasan undang-undang Malaysia yang terpakai kepada mereka dan mereka wajib akur, kami akan panggil setiap platform,” katanya.

Tinggalkan komentar