Kemampuan mendapatkan pautan untuk pasang aplikasi dalam carian sememangnya sudah lama hadir, namun kini Google telah membenarkan pengguna Android untuk memasang aplikasi secara terus melalui carian tanpa perlu berkunjung ke Play Store.

Ciri di dalam aplikasi Google ini membenarkan pengguna untuk menggunakannya sebagai pintasan ke Google Play, tetapi masih lagi memaparkan popup notis keizinan dan pemasangan aplikasi yang sama apabila anda memasuki portal aplikasi-aplikasi.

Sewaktu melakukan carian aplikasi melalui Google, mana-mana aplikasi yang menghuni senarai paling atas dengan butang ‘install’ akan mendapat fungsi ini secara automatik. Anda boleh mencuba carian aplikasi ini sekarang melalui peranti-peranti mudah alih anda.

Android Police turut melaporkan ciri terbaru ini telah pun dibincangkan lebih kurang sebulan yang lalu dan kini ianya telah menemui pengguna-pengguna Android. Buat masa ini, ia hanya terhad pada aplikasi Google sahaja dan tidak terdapat pada Google Chrome.

Sumber berita diperoleh dari Android Police

Tinggalkan komentar