Perkhidmatan panggilan suara melalui LTE bakal menemui pengguna Maxis pada tahun 2020. Di dalam satu kenyataannya kepada portal SoyaCincau, pengendali telekomunikasi ini mengesahkan perkhidmatan ini akan diperkenalkan melalui pakej program Zerolution yang turut menampilkan Apple Watch Series 5 LTE.

Apple Watch turut menawarkan fungsi panggilan suara sama ada melalui LTE mahupun tanpa LTE.

Panggilan suara melalui LTE menawarkan kelebihan penghantaran data melalui rangkaian data berkelajuan tinggi dan tidak menggunakan rangkaian panggilan suara seperti kebiasaan.

Buat masa ini, penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan seperti Digi, Celcom, U Mobile, Unifi Mobile, dan YES sudah menawarkannya.

Sumber berita diperoleh dari SoyaCincau

 

Tinggalkan komentar