Command prompt di dalam Windows merupakan alatan yang baik untuk melakukan tugasan-tugasan yang pada kebiasaannya memerlukan pemasangan perisian pihak ketiga. Hari ini saya ingin berkongsikan satu lagi fungsi menarik yang dapat dilakukan olehnya, iaitu sembunyi pemacu dari dilihat melalui explorer.

Fungsi ini sebenarnya boleh dilakukan oleh perisian-perisian pihak ketiga seperti DriveHide, misalnya. Namun, tidak salah rasanya kita mempelajari teknik ini untuk kemudahan kita di kala waktu-waktu yang genting.

Cara menyorokkan pemacu (drive) di dalam Windows menggunakan Command Prompt

Langkah 1: Taipkan CMD dalam kotak carian dan tekan enter untuk memulakan Command Prompt. Bagi pengguna Windows 7 dan Windows XP, anda boleh menemukannya di dalam kategori Accessories di dalam menu Start. Untuk Windows 10 dan Windows 8.1 pula, anda boleh mendapatkannya dengan klik kanan pada butang menu Start, kemudian dari senarai menu yang keluar, klik pada Command Prompt.

Langkah 2: Dalam Command Prompt, taipkan Diskpart dan tekan Enter. Klik Yes jika anda diajukan dengan kotak tetingkap UAC (User Account Control).

Langkah 3: Taipkan List Volume dan tekan Enter untuk melihat senarai keseluruhan pemacu-pemacu yang dipasang pada komputer anda.Panduan-Diskpart

Langkah 4: Pilih pemacu yang anda ingin sembunyikan. Sebagai contoh untuk melakukannya, anda boleh taipkan Select Volume B (atau Select Volume 5), jika anda ingin sembunyikan pemacu B.

Langkah 5: Untuk langkah menyembunyikannya, anda perlu taipkan Remove Letter B. B adalah nama pemacu yang anda ingin sembunyikan.

Langkah 6: Selesai

Cara memaparkan semula pemacu yang disembunyikan tadi

Langkah 1: Ulangi langkah 1, 2 dan 3 di atas.

Langkah 2: Pilih nombor volume pemacu yang anda ingin paparkan semula dengan menaip Select Volume 5 dan tekan Enter

Langkah 3: Seterusnya, taipkan Assign Letter B dan tekan Enter.

Tinggalkan komentar