OPPO Malaysia telah melancarkan telefon pintar peringkat menengah berkeupayaan 5G terbarunya, OPPO A74. Telefon pintar ini akan dijual secara eksklusif di Shopee dari 5 hingga 18 Mei sebagai sebahagian dari promosi jualan Super Brand Day.
Sama seperti keluarannya yang terdahulu, A74 5G baharu ini akan menjadi telefon pintar 5G bercipset Snapdragon keluaran OPPO paling mampu milik. Telefon pintar ini menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 480 dengan GPU Adreno 619 GPU, bergandingan dengan RAM 6GB dan storan UFS 2.1 128GB.
Telefon pintar ini juga didatangkan dengan bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 18W melalui USB-C. Untuk antaramukanya, OPPO menyediakan ColorOS 11.1 yang berasaskan Android 11.
Paparan OPPO A74 5G menampilkan paparan rata LCD IPS LTPS 6.5-inci dengan resolusi 1080 x 2400 piksel dan kadar penyegaran semula 90Hz. Di hadapannya juga turut menempatkan sebuah kamera 16MP pada penjuru atas kiri. Di sebelah sisi kanannya pula ditempatkan pengimbas cap jari untuk tujuan pengesahan pengguna. Selain itu, ianya turut menampilkan sambungan Bluetooth 5.1 dan NFC, serta bicu audio 3.5mm.
Untuk fotografi, tetapan kuad-kameranya turut menyertakan sebuah kamera utama 48MP, kamera ultra-lebar 8MP, makro 2MP dan sensor berkedalaman 2MP. Telefon ini juga berupaya merakamkan video 1080p pada 30fps dengan peningkatan penstabil imejan elektronik (EIS).
Seperti dinyatakan tadi, OPPO A74 5G akan dijual di Malaysia secara eksklusif di Shopee bermula dari 5 hingga 18 Mei pada harga RM 1,099. Bersempena Super Brand Day sale pada 5 hingga 7 Mei ini, telefon pintar terbaru OPPO ini boleh didapati dengan harga promosinya iaitu RM 999. OPPO turut memberikan kepada 1,000 orang pelanggan pertama OPPO A74 5G di Shoppe “Fast & Long-Lasting Bundle” bernilai RM278.













