OPPO telah menlancarkan telefon pintar siri A baharunya melalui OPPO A56 5G. Telefon pintar berharga CNY1599 (~RM1038) ini didatangkan dengan tiga warna pilihan.

Melalui paparan LCD bertakuk HD+ 6.5-inci, telefon pintar ini mempunyai kadar penyegaran semula skrin 60Hz. Ia dikuasakan oleh cipset MediaTek Dimensity 700, RAM 6GB dan storan 128GB.

Untuk kameranya pula, telefon OPPO baharu menampilkan kamera swafoto 8MP pada sebelah hadapan. Serta dwi-kamera pada sebelah belakangnya yang mengandungi kamera utama 13MP dan kamera berkedalaman 2MP. Ia mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan sehingga 10W.

Telefon pintar 5G berharga bajet dari OPPO ini menggunakan antaramuka ColourOS 11.1 berasaskan Android 11. Turut disertakan fungsi pengimbas cap jari untuk tujuan keselamatan disediakan pada sebelah sisinya.

Setakat ini tiada maklumat mengenai bilakah OPPO A56 5G akan mula memasuki pasaran Malaysia.

Tinggalkan komentar