Baru-baru ini telefon pintar keluaran Oppo yang akan datang bakal menggunakan cipset MediaTek Helio G35. Maklumat ini dikongsikan oleh pentiris maklumat tegar, Evan Blass.

Sebelum maklumat berkenaan cipset ini ditiriskan, terdapat beberapa imej pengolokan bagi telefon ini telah pun disebarkan di media-media sosial. Menerusinya, didapati telefon ini mungkin akan dilengkapkan dengan tri-kamera di sebelah belakangnya.

Berdasarkan imej yang telah dikongsikan oleh beliau, Oppo A16 akan menggunakan cipset MediaTek Helio G35, berbanding model sebelumnya yang menggunakan Helio P35.

Selain maklumat mengenai jenis cipset, turut dikongsikan maklumat mengenai kapasiti baterinya iaitu 5,000mAh. Kapasiti ini merupakan penambahan dari sebelumnya yang menawarkan 4,230mAh.

Untuk warna pilihan untuk Oppo A16, model telefon pintar ini dikatakan akan ditawarkan dengan tiga warna pilihaniaitu hitam, biru dan oren. Bagaimanapun, tidak maklumat tentang tarikh telefon dari Oppo ini akan dilancarkan.

Tinggalkan komentar