Platform perkongsian video OnlyFans ketika ini sudah sinonim dengan perkongsian kandungan foto dan video lucah dikalangan penggunanya. Hal ini dijangka akan berubah bermula 1 Oktober ini apabila platform ini akan menguatkuasakan sekatan terhadap kandungan lucah tersebut.

Menurut Bloomberg, tindakan ini dibuat selepas OnlyFans menerima tekanan dari pihak bank dan rakan kongsi platform pembayarannya. Atas sebab itu, perubahan garis panduan penyediaan kandungan ini terpaksa dilaksanakan.

Penyedia kandungan di dalam platform ini buat masa ini masih lagi dibenarkan untuk berkongsikan imej bogel. Itupun, selagi pengguna mematuhi polisi penggunaan platform terbabit. OnlyFans menyatakan perincian mengenainya akan diumumkan dalam masa yang terdekat ini.

Seramai lebih dari 2 juta penyedia kandungan di dalam OnlyFans telah meraih pendapatan secara keseluruhannya melebih $5 billion dari 130 juta penggunanya yang melanggan. Tahun lalu sahaja, platform berkenaan telah menjana sebanyak $2 bllion hasil dari jualan dengan OnlyFans mengambil 20% dari jumlah tersebut.

Buat masa OnlyFans sedang berusaha menarik pelaburan dari pelbagai pihak dengan nilai melebihi $1 billion, namun usaha ini gagal atas sebab reputasi platform berkenaan.

Tindakan pengharaman kandungan lucah pada platform ini pernah dilakukan oleh Tumblr pada 2018 dahulu. Ketika itu, pemilik Tumblr, Verizon sedang mempersiapkan penjualan Tumblr kepada Automattic dan tindakan sekatan dilihat sebagai langkah wajar bagi menarik minat pelabur.

Tinggalkan komentar