OnePlus Malaysia telah mengumumkan akan melancarkan dua model telefon pintar baharunya pada minggu depan, 14 Julai 2022. Dua telefon berkenaan adalah OnePlus Nord 2T 5G dan Nord CE 2 Lite 5G.
OnePlus Nord 2T 5G dijangka akan menggunakan cipset MediaTek Dimensity 1300 dan paparan AMOLED Full HD 6.43-inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz. Ia juga menyediakan bateri berkapasiti 4,500mAh yang menyokong pengecasan 80W.
Untuk pilihan RAM dan storannya pula, OnePlus akan menyediakan pilihan RAM 8GB dan 12GB dengan pilihan storan 128GB dan 256GB. Buat masa ini tidak diketahui bagaimanakah konfigurasi RAM dan storan yang akan ditawarkan kelak pada telefon pintar berkenaan.
Kamera OnePlus Nord 2T 5G menampilkan kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 8MP dan satu lensa makro 2MP. Manakala sebelah hadapannya menyediakan sebuah kamera 32MP.
Seterusnya untuk OnePlus CE 2 Lite pula, telefon pintar ini menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 695 5G dan paparan Full HD 6.59-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz.
Selain itu, telefon pintar ini juga menyediakan RAM 6GB dan storan 128GB dengan bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan 33W. Sama seperti Nord 2T, Nord CE 2 Lite juga disediakan dengan tetapan tri-kamera pada bahagian belakangnya. Menampilkan sebuah kamera 64MP, sensor berkedalaman 2MP dan lensa makro 2MP. Untuk kamera hadapannya pula disediakan sebuah kamera 16MP.
Buat masa ini, harga bagi kedua-dua model telefon pintar ini masih lagi belum diumumkan. Dijangkakan harganya kelak akan diumumkan ketika hari pelancarannya pada 14 Julai minggu hadapan.













