Seminggu selepas dilancarkan secara rasminya, OnePlus kini membawakan OnePlus 7 Pro ke pasaran Malaysia.

OnePlus 7 Pro merupakan sebuah telefon pintar yang dilengkapkan dengan spesifikasi perkakasan seperti;

  • Qualcomm Snapdragon 855
  • Kamera belakang dengan konfigurasi tri-kamera; 48MP Sony IMX586 + 16MP lensa ultra lebar + 8MP lensa telefoto.
  • Paparan 6.67-inch AMOLED
  • RAM: 8GB atau 12GB
  • Storan: 128GB atau 256GB

Berbeza dengan OnePlus 7, OnePlus 7 Pro menawarkan kamera swafoto terpacul ke atas (pop-up). Seterusnya menjadikan paparannya bebas dari sebarang takuk yang kebiasaannya menempatkan kamera swafoto.

Paparan AMOLED 6.67-inci pada OnePlus 7 Pro turut hadir dengan ciri spesifikasi uniknya. Tidak seperti paparan OnePlus 7, paparan Pro mempunyai kadar penyegaran semula (refresh rate) 90Hz, dan juga menyokong HDR10+.

Untuk kameranya pula, telefon pintar ini menyediakan tetapan konfigurasi tri-kamera yang terdiri daripada kamera utama 48MP, lensa ultra-lebar 16MP, dan lensa telefoto 8MP.

Harga pasaran bagi OnePlus 7 Pro bermula dari RM2,999 untuk konfigurasi 6GB/128GB, RM3,699 untuk 8GB/256GB, dan RM4,199 untuk konfigurasi 12GB/256GB. Bagaimanapun, pihak OnePlus tidak menyatakan bila tarikh model telefon pintar ini akan mula dijual di pasaran Malaysia.

Telefon pintar OnePlus 7 boleh dibeli secara dalam talian melalui kedai rasminya di Shopee.

Tinggalkan komentar