Utama Android Nothing Nothing Phone (3a) dilancarkan di Malaysia pada harga dari RM1,699

Nothing Phone (3a) dilancarkan di Malaysia pada harga dari RM1,699

351
0

Nothing Phone (3a) dan (3a) Pro yang diumumkan pada awal minggu lepas, telah pun dilancarkan di Malaysia pada petang Jumaat baru-baru ini. Kedua-dua model telefon pintar kelihatan hampir sama dengan model Pro mempunyai keunikan dan kelebihannya yang tersendiri.

Paparan untuk kedua-dua model telefon pintar merupakan OLED 6.77-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz. Pemprosesannya juga sama iaitu Qualcomm Snapdragon 7s Gen 3. Persamaan tersebut turut merangkumi bateri 5,000mAh dengan pengecasan 50W, sensor pengimbas cap jari bawah paparan, Android 15 melalui Nothing OS 3.1 dan penarafan IP64.

Apa yang menjadikan siri telefon pintar Nothing baharu ini unik terletak pada Essential Key yang terletak di bawah butang kuasa. Ia merupakan kekunci pintas AI bagi membolehkan capaian pantas ke ciri-ciri Essential Space.

Nothing Phone (3a) dan (3a) Pro berbeza dari segi fungsi fotografinya. Model standard mempunyai kamera utama 50MP, ultra lebar 8MP dan telefoto 2X 50MP, serta kamera hadapan 32MP. Untuk Pro pula, kamera telefotonya lebih baik dengan lensa berperiskop 3X 50MP. Kamera hadapannya juga lebih tinggi dengan 50MP.

Di Malaysia, Nothing Phone (3a) dan (3a) Pro hadir dengan satu pilihan konfigurasi sahaja iaitu RAM 12GB dan storan 256GB. Nothing Phone (3a) dijual pada hargam RM1,699, dengan Nothing Phone (3a) Pro pula dijual pada harga RM1,999. Pra-tempahan telah mula dibuka sejak 8 Mac 2025 dan model standard mula memasuki pasaran 22 Mac ini. Manakala model Pro pula akan tersedia pada 7 April 2025.

Tinggalkan komentar