Nokia 6300 4G telah dilancarkan ke pasaran tempatan baru-baru ini. Telefon yang menampilkan ciri rekaan klasik Nokia ini telah pun dilancarkan ke pasaran Eropah pada tahun lepas.

Sungguhpun menawarkan ciri rekaan klasik, telefon ini menawarkan keupayaan moden seperti sokongan 4G, Bluetooth, Wi-Fi hotspot, kamera VGA dan sebagainya.

Oleh kerana ianya menggunakan sistem operasi KaiOS, telefon ini mampu menjalankan aplikasi-aplikasi popular seperti Facebook, YouTube, Google Assistant dan WhatsApp.

Dari segi spesifikasi, telefon ini dilengkapkan dengan cipset Snapdragon 210, RAM 512MB dan storan dalaman 4GB. Seperti rekaan klasik telefon-telefon Nokia lain, bateri berkapasiti 1,500 mAh pada telefon ini boleh ditanggalkan.

Telefon yang hanya ditawarkan dengan satu pilihan warna iaitu Charcoal sahaja bagi pasaran Malaysia ini dijual pada harga RM 299. Anda yang berminat boleh mendapatkannya menerusi kedai-kedai dalam talian seperti di Shopee atau di kedai fizikal.

Tinggalkan komentar