Sebulan selepas pelancaran Nokia 4.2 di Malaysia , HMD Global telah melancarkan sebuah lagi peranti Android One baru ke pasaran tempatan. Melalui rekaan yang hampir sama seperti model lain, Nokia 3.2 pada awalnya dilancarkan bersempena Kongres Mudah Alih Sedunia (Mobile World Congress) awal tahun ini dan menampilkan butang khusus Google Assistant.
Dilengkapkan dengan paparan HD 6.26-inci, Nokia 3.2 terbaru ini dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 429. Bagi pasaran Malaysia, model yang ditawarkan mempunyai spesifikasi RAM 3GB dan storan dalaman 32GB. Selain itu, telefon pintar ini turut menyediakan slot pengembangan kad mikro SD yang boleh menampung sehingga 400GB.
Telefon ini juga memiliki kamera 13MP f/2.2 13MP di belakangnya. Manakala kamera swafotonya menyedian sebuah kamera 5MP f/2.2 yang ditempatkan pada bahagian takuknya yang berbentuk huruf-U.. Kamera swafoto telefon ini juga boleh digunakan untuk menyahkunci peranti secara pengecaman wajah.
Nokia 3.2 turut hadir dengan bateri berkapasiti yang agak besar pada 4000mAh. Kapasiti berkenaan mampu memanjangkan tempoh penggunaan harian peranti sehingga dua hari. Telefon terbaru keluaran Nokia ini kini boleh didapati di kedai-kedai di seluruh Malaysia dengan harga RM499.













