Telekom Malaysia (TM) baru-baru ini telah mengumumkan perubahan nombor akaun pengguna Unifi Mobile bermula pada 22 September 2021. Perubahan ini akan menjadikan nombor akaun pengguna menjadi 10 digit berbanding 9 digit sebelum ini.

Pengumuman ini dibuat menerusi laman web rasminya dan melibatkan pengguna prabayar dan juga pascabayar Unifi Mobile.

Pun begitu, pengguna pascabayar perlu mengambil lebih perhatian kerana ia akan melibatkan pembayaran bil kelak. Bagi pengguna yang menggunakan platform JomPAY, kod untuk pembayaran bil akan berubah kepada 8888.

Pembayaran perlu dibuat berdasarkan nombor akaun 10 digit yang baharu yang diperkenalkan. Pada masa yang sama, nombor akaun 9 digit ini masih lagi disokong oleh Unifi Mobile sehingga Disember nanti.

Tinggalkan komentar