Nintendo mempunyai perancangan besar untuk konsol permainan yang baru dilancarkannya, Switch. Sedang perincian tentang spesifikasi teknikal dan harganya masih belum diketahui umum, syarikat pembangun perisian dan peranti permainan ini mensasarkan hasil jualan konsol ini sekurang-kurangnya 2 juta unit.

Kenyataan berkenaan disampaikan oleh Pengerusi dan CEO Nintendo, Tatsumi Kimishima kepada koresponden Wall Street Journal dan tidak lama kemudian ditulis melalui akaun rasmi Twitter beliau. Pandangan beliau tersebut dilihat realistik memandangkan terdahulu memandangkan konsol WiiU mampu mencatatkan hasil jualan yang memberangsangkan dalam tempoh kurang dari 6 minggu pertama.

Bagaimanapun, maklumat lanjut berkenaan konsol permainan ini tidak akan didedahkan sehinggalah Januari tahun hadapan. Dijangkakan, pada waktu itu tarikh rasmi peranti berkenaan tiba ke pasaran akan diumumkan.

Sumber berita diperoleh dari Engadget

Tinggalkan komentar