Nilai Bitcoin hari ini telah direkodkan mencapai nilai hampir RM 160,000, peningkatan sebanyatan 11% jika dibandingkan dengna nilai yang dicatatkan semalam.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, nilai Bitcoin didapati mencatatkan trend penurunan terutama dalam tempoh sejak dari enam bulan yang lalu.

Bagaimanapun, nilai tersebut telah melonjak dengan besar berikutan beberapa perkembangan yang terkini. Antaranya adalah pengumuman dari Elon Musk yang menyatakan pegangan Bitcoin oleh Space X.

Terdapat juga khabar angin yang mengatakan Amazon berkemungkinan menerima Bitcoin sebagai salah satu kaedah pembayarannya.

Selain itu, platform media sosial Twitter juga memaklumkan kesediaan untuk mewujudkan satu bahagian baharu khusus untuk Bitcoin melalui syarikat Square.

Tidak dapat dipastikan sama ada momentum kenaikan ini mampu dikekalkan pada minggu-minggu yang mendatang atau sekadar sementara sahaja.

Tinggalkan komentar