Sejak diperkenalkan oleh Webe Digital Februari baru-baru ini, perkhidmatan Nex.Life terhad hanya di Kota Bharu dan Kuala Terengganu sahaja. Kini, anak syarikat TM ini telah membawakan pakej kombo internet fiber rumah dan talian mudah alih 4G tanpa had keluarannya ke Lembah Klang.
Menurut sebuah kenyataan di dalam laman Facebook rasminya, Nex.Life kini boleh didapati di kawasan-kawasan terpilih di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Berikut adalah senarai sebahagian dari kawasan-kawasan yang terpilih:
- Ampang
- Jelatek
- Petaling Jaya
- Damansara Damai
- Kota Damansara
- Sungai Buloh
- Bandar Mahkota Cheras
- Bandar Sri Damansara
- Taman Sri Damansara
- Desa Aman Puri
- Taman Daya Kepong
- Taman Gembira Kuchai Lama
- Taman U-Thant
- Prima Damansara
- Bandar Sungai Long
Bagaimanapun, pengguna yang berminat boleh melayari laman web rasminya untuk mendapatkan senarai kawasan terpilih yang lebih terkini.
Nex.Life menawarkan pakej gabungan internet fiber rumah 20Mbps dengan data mudah alih 4G LTE di dalam satu pakej. Pada harga RM100 sebulan, pelanggan perlu membeli router Wifi sendiri selain turut menerima kuota 500MB sebulan bagi penggunaan data mudah alih di luar kawasan liputan LTE.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Nex.Life dan muat turun dokumen soalan-soalan lazim mengenai pelan terbaru ini.













