Pengguna perlu memuat turun aplikasi MySejahtera terlebih dahulu sebelum layak menerima kredit RM50 e-dompet percuma. Pemberian menerusi program ePENJANA ini dimaklumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob hari ini.

Program ePENJANA merupakan salah satu dari 40 inisiatif bernilai RM35 bilion di bawah pelan rangsangan ekonomi PENJANA. Dijangkakan kira-kira 15 juta rakyat Malaysia bakal menikmati pemberian kredit e-dompet percuma ini. Antara syarat yang telah ditetapkan adalah warganegara Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas dengan pendapatan tahunan kurang dari RM100,000.

Boleh didapati menerusi Google PlayHuawei AppGallery, iOS App Store, aplikasi MySejahtera merupakan salah satu dari tiga aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan Malaysia bagi menangani penularan wabak pandemik COVID-19.

Aplikasi ini hadir dengan beberapa fungsi seperti penjejakan kontak berasaskan kod QR, pemeriksaan kesihatan kendiri dan penjejak titik panas wabak.

Bagaimanapun, setakat ini masih lagi belum diumumkan penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat di dalam program ePENJANA ini. Agihan kredit RM50 e-dompet percuma ini dijadualkan bermula Julai ini.

 

Tinggalkan komentar