Syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline telah mengeluarkan kenyataan baharu berhubung penggantungan operasinya dan turut menjanjikan akan membuat bayaran balik kepada pengguna-pengguna yang terjejas. Menerusi kenyataan tersebut, pihak syarikat turut memaklumkan sedang berdepan dengan permintaan yang tinggi dan akan membuka satu talian bantuan hotline.

Eksekutif Interim MYAirline Dato Sri Azharuddin berkata pihaknya kini dalam proses mempercepatkan proses bayaran balik wang dan berharap kesemua penumpang MyAirline untuk bersabar.

“Kami juga sedang dalam usaha mewujudkan talian ‘hotline’ bagi membantu penumpang kami yang terjejas dengan lebih baik dan memudahkan proses bayaran balik, mereka (penumpang) digalakkan untuk menyediakan nombor tempahan mereka (PNR) dan e-melkannya kepada kami di customercare@myairline.my,”

Berhubung kakitangan MYAirline, Dato Sri Azharuddin memaklumkan kesemua pekerja MYAirline masih lagi bekerja dengan gaji penuh dan tidak diberikan cuti tanpa gaji. MYAirline juga memaklumkan beberapa pihak telah menunjukkan minat untuk mengadakan perkongsian strategik dan sedang menilai cadangan-cadangan tersebut.

Tinggalkan komentar