Bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, perkhidmatan perkongsian kenderaan Moovby melancarkan platform ebazar, Iftar4u. Platform ini menyediakan pelbagai juadah tempatan menerusi aplikasi Moovby.

Para pengguna boleh memesan makanan dengan cepat dan murah melalui Iftar4U yang menjalinkan usahasama dengan perkhidmatan penghantaran tempatan.

Moovby turut memalumkan perkhidmatan ini hanya disediakan untuk penduduk Selangor. Beberapa pusat penghantaran telah disediakan bagi para peniaga menempatkan pesanan-pesanan yang telah diterima untuk dihantar menerusi khidmat penghantaran.

Antara pusat-pusat penghantaran yang telah ditetapkan adalah restoran atau kafe yang terletak di Subang, Gombak, Cyberjaya, Shah Alam dan Bangi. Lokasi-lokasi seperti Petaling Jaya, Damansara, Seri Kembangan, Puchong dan Ampang akan menyusul tidak berapa lama lagi.

Selain dari platform ebazar, Moovby turut memaklumkan Iftar4u menyediakan fungsi Sadaqah yang membolehkan pengguna menderma pek makanan kepada asnaf, pelajar tahfiz, pelarian dan gelandangan, dan masjid-masjid di sekitar Selangor.

Aplikasi ini juga memaparkan kemaskini langsung makanan yang diperlukan berdasarkan maklumat dari NGO-NGO yang terlibat. Perkhidmatan Iftar4u boleh diakses melalui aplikasi Moovby yang boleh dimuat turun menerusi Google Play dan Apple App Store.

Bagi peniaga-peniaga yang berminat untuk menyertai platform ebazar Iftar4u, anda digalakkan untuk mendaftar di Moovby.

 

Tinggalkan komentar