Samsung Malaysia Electronics pada hari ini telah mengumumkan produk terkini bagi siri monitor gaming keluarannya, Odyssey OLED G8 (LS34BG850SEXXS). Monitor ini merupakan monitor gaming OLED pertama keluaran Samsung dengan harga jualannya RM7,599.

Bersempena dengan pelancarannya, para pemain permainan (gamers) yang membuat pra-tempahan monitor Odyssey OLED G8 34-inci ini akan turut menerima Samsung Soundbar HW-B450 bernilai RM799.

Tawaran eksklusif ini hanya sah dari 10 November hingga 20 November 2022 dan boleh didapati menerusi Samsung Online Store, Lazada Samsung Brand Store dan Shopee Samsung Brand Store.LS34BG85_011_Back-Dynamic-Right_Silver

Samsung Odyssey OLED G8 34-inci merupakan monitor yang dilengkapkan dengan pencahayaan RGB yang boleh dikawal. Monitor gaming ultra-lebar, beresolusi QHD (3440 x 1440 piksel) ini mempunyai nisbah aspek dengan volum warna 100% dan gamut warna DCI-99.3%.

Ia juga hadir dengan lengkungan 1800R untuk tontonan terbaik ketika memainkan permainan. Selain itu, turut disediakan port Micro HDMI (2.1), Mini DP (1.4) dan USB-C bersama-sama pembesar suara stereo 5W.LS34BG85_022_Detail-Connectivity2_Silver

Selaku monitor yang menerima persijilan VESA DisplayHDR 400 True Black dan AMD FreeSync Premium, monitor ini mampu memberika kepuasan visual terbaik.LS34BG85_001_R-Perspective-CES_Silver

Turut disediakan Samsung Smart Hub untuk membolehkan pengguna mengakses ke Amazon Prime, Netflix, YouTube dan pelbagai platform penstriman dalam talian lain. Anda juga boleh menikmati kandungan siaran langsung percuma melalui Samsung TV Plus tanpa muat turun atau mendaftar.

Maklumat lanjut mengenai Samsung Odyssey OLED G8 34-inci, layari Samsung Online Store.

Tinggalkan komentar