Kerap alami masalah hidung tersumbat ketika bangun dari tidur, aku kini gemar mengamalkan tabiat minum air suam ketika bangun dari tidur pada awal pagi supaya dapat melegakan saluran pernafasan aku. Menurut pelbagai sumber yang aku peroleh dari internet, tabiat meminum air ini banyak memberikan kesan yang baik terhadap kesihatan kita.
Ia adalah salah satu perkara yang mudah dalam menjaga kesihatan. Tapi, sebagaimana perkara baik lain, kita seringkali culas dalam melaksanakan  atas pelbagai alasan yang lebih kepada malas sebenarnya.
Antara manfaat yang dijelaskan melalui beberapa kajian yang dijalankan berkenaan minum air suam awal pagi ini adalah:

  • Meningkatkan metabolisme. Minum air awal pagi dapat meningkatkan kadar metabolisme sehingga 24% sepanjang 90 minit.
  • Hilangkan dahaga selepas bangun tidur. Tempoh tidur yang biasanya memakan masa antara 7-8 jam adalah agak panjang. Walaupun tekak kita rasa macam tak haus, tetapi badan kita sebenarnya memerlukan kita mengambil air minum.
  • Membuang toksin. Buah pinggang kita berkeupayaan menyingkirkan segala toksin di dalam badan pada kadar yang sangat sempurna. Itupun dengan syarat, pengambilan air harian perlulah mencukupi. Justeru, minum air suam di kala Subuh dapat membantu mengoptimumkan tugas buah pinggang kita membersihkan badan dari toksin-toksin.
  • Tisu otak kita adalah 75% air. Jika tubuh kita kekurangan air, kita akan mudah alami lenguh-lenguh badan.
  • Kita akan kurang makan. Satu kajian menunjukkan, apabila kita minum air sebelum makan, berat badan kita akan berkurangan dalam tempoh 3 bulan.

Kesimpulannya, tubuh kita mengandungi 72% air. Justeru, memimum air di kala Subuh dapat membantu tubuh kita rehydrate dan menjadikan hari kita lebih bertenaga dan kick-ass. Tak perlu nak A-A-A-A-Aliii Cafe sangat waktu pagi ni.
Sumber imej diperoleh dari Gelelectrics


21 KOMEN

Tinggalkan komentar