Microsoft dilihat sedang berusaha memberikan saingan yang lebih rapat dengan Chromebook. Gergasi perisian komputer berkenaan dilaporkan sedang mempersiapkan untuk melancarkan laptop Surface berkos rendah. Ia disasarkan untuk kegunaan pendidikan melalui Windows 11 edisi khas yang dinamakan sebagai Windows 11 SE.

Windows Central melaporkan laptop Surface berkenaan berkemungkinan dinamakan sebagai Surface Laptop SE dan mungkin hadir dengan paparan 11.6-inci (1366 x 768). Ia juga akan dilengkapkan dengan pemprosesan Intel Celeron N4120 dengan RAM sehingga 8GB.

Oleh kerana laptop bajet berkenaan dikhususkan pada pelajar, kosnya akan diturunkan serendah mungkin hinggakan hanya mempunyai satu port USB-A dan USB C.

Microsoft pernah menggunakan penamaan SE pada versi-versi Windows sebelum ini seperti Windows 98 SE. Cuma, Windows 11 SE bukanlah edisi kedua Windows 11, sebaliknya ia dijangka lebih mirip kepada Windows 10 versi ringkas. Hal ini kerana sistem operasi berkenaan direka khusus untuk peranti berharga bajet bagi menyaingi Chromebook.

Tinggalkan komentar