Microsoft telah mengumumkan sebuah acara akan diadakan dalam minggu ini dan dijangka siri Surface baharu akan diumumkan. Salah satu daripadanya, Surface Pro 8 berkemungkinan akan dilancarkan berdasarkan maklumat terkini yang tertiris.

Pengguna Twitter, Shadow_Leak telah berkongsikan imej Microsoft Surface Pro 8 yang dilihat berasal dari penjual di China. Secebis maklumat mengenai peranti berkenaan juga turut dikongsikan olehnya.

Antaranya paparan berukuran 13-inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz, serta kehadiran port Thunderbolt. Berdasarkan kicauan berkenaan, terdapat dua buah port Thunderbolt akan disediakan.

Maklumat-maklumat lain yang dikongsikan termasuklah penggunaan sistem operasi Windows 11. Serta akan menggunakan pemprosesan Intel Core Generasi Ke-11 dan SSD yang boleh ditukar ganti.

Ciri-ciri yang dinyatakan ini mempunyai persamaan dengan Surface Laptop 4 yang hadir ke pasaran tempatan pada Mei lalu. Penawaran ini jika tepat seperti yang dinyatakan merupakan sesuatu yang amat mengkagumkan mengambil kira betapa nipisnya Microsoft Surface Pro 8.

Pun begitu, segala maklumat ini masih lagi belum dapat disahkan lagi secara rasminya. Namun, ia bakal dirungkaikan dalam tempoh terdekat ini menjelang acara Microsoft yang akan berlangsung beberapa hari sahaja lagi.

Tinggalkan komentar