Perisian suit produktiviti versi baharu, Microsoft Office 2021 telah mula ditawarkan untuk pengguna-pengguna di Malaysia. Seperti biasa, ia mengandungi Microsoft Word, Excel, Power Point, Outlook dan sebagainya yang telah diperbaharui.
Microsoft Office 2021 merupakan versi Office dengan perlesenan kekal yang berbeza dengan Office 365 yang berasaskan langganan. Pengguna hanya perlu membayar sekali sahaja untuk memiliki suit perisian ini seumur hidup.
Terdapat dua kategori harga yang ditawarkan mengikut jenis pengguna Microsoft Office 2021 iaitu:
- Office Home & Student 2021: RM529
- Office Home & Business 2021: RM1,399
Sistem operasi yang menyokong Office 2021 terdiri daripada Windows 11, Windows 10 dan MacOS (tiga versi yang paling terkini).
Pelbagai penambahbaikan baharu telah dibawakan di dalam Office 2021. Antaranya kemaskini antaramuka baharu, formula-formula baharu di dalam Excel dan sebagainya.













