Microsoft dilaporkan bakal menyahpasang pelayar web Edge versi legasi melalui kemaskini pada 13 April nanti. Kemaskini tersebut juga akan memasang secara automatik pelayar Edge Chromium bagi yang tidak memasangnya lagi.

Langkah ini agak drastik diambil oleh Microsoft berbanding apa yang berlaku pada Internet Explorer sebelum ini. Kemaskini pada 13 April ini nanti akan diterbitkan sebagai pembaikan keselamatan kumulatif bulanan.

Edge versi legasi tersebut dilancarkan bersama-sama ketika Windows 10 mula diperkenalkan dahulu. Pelayar dari Microsoft ini menggunakan enjin perenderan EdgeHTML dari Microsoft sendiri.

Pada tahun 2019, Microsoft mengumumkan akan membina semula pelayar Edge dengan berasaskan perisian Google Chromium. Hasilnya, Microsoft telah melancarkan Edge versi Chromium Jun tahun lalu melalui kemaskini Windows.

Dua bulan kemudian, Microsoft telah mengumumkan tidak akan menerbitkan sebarang kemaskini keselamatan tambahan untuk Edge versi legasi selepas 9 Mac 2021.

Bagi anda yang sudah memasang Edge versi Chromium, kemaskini berkenaan hanya akan membuang versi legasi sahaja. Bagi kebanyakan pengguna yang sudah beralih ke pelayar lain, anda mungkin tidak sedar mengenai perubahan yang bakal berlaku tersebut.

Tinggalkan komentar