Buat julung kalinya, Microsoft menganjurkan siri Kejohanan Excel di Malaysia. Kejohanan ini terbuka kepada orang ramai dan bertujuan mencari pengguna Microsoft Excel terhebat di kalangan rakyat Malaysia. Peluang ini dapat memberikan pendedahan buat pakar-pakar Excel untuk menguji kemahiran dengan pakar-pakar lain di serata dunia.
Malaysia merupakan salah satu negara-negara Asia yang terpilih dalam Kejohanan Excel ini selain dari China, Jepun dan Filipina.
Format kejohanan ini merangkumi tigak aspek iaitu pengurusan data (Data Relays), pemvisualan data (Chart Gymnastics) dan penulisan formula (Formula Wrestling). Bagi setiap pusingan, peserta dikehendaki untuk memuat turun soalan dan menghantarkannya semula dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Kejohanan ini bermula dengan pusingan kelayakan dan mensasarkan pengguna dari kelompok pelajar, konsultan dan pekerja profesional dari 3 hingga 7 Oktober 2016 sebelum meneruskannya ke pusingan suku akhir.
Tiga peserta terbaik akan dijemput menghadiri peringkat akhir yang bakal berlangsung di pejabat Microsoft di Kuala Lumpur pada 18 November 2016. Pemenang bakal memenangi hadiah berupa Surface Pro 4. Manakala untuk tempat kedua pula mendapat Surface Pro 3 dan bagi tempat ketiga pula layak memenangi telefon pintar Microsoft Lumia 650.
Selain itu, pemenang tempat pertama turut berpeluang untuk menyertai Kejohanan Excel Sedunia 2017 yang bakal dilangsungkan di ibu pejabat Microsoft di Redmond, Seattle, Amerika Syarikat. Segala perbelanjaan pergi balik, penginapan akan ditangguh sepenuhnya oleh pihak penganjur. Pemenang juga dapat bertemu dengan pasukan pereka bentuk Microsoft Excel untuk bertukar-tukar pandangan.
Berminat? Sila daftar di pautan ini.














Wah! Menarik nih! Tapi skill excel dah lama berkarat lah pulak, tambahan pula dengan office baru ni, menggagau nak guna…hehe
Takpe kalau nak mencuba. Boleh asah balik skill tu. Hehe