Microsoft telah mengumumkan pihaknya akan menyediakan sokongan untuk pelayar Edge pada sistem operasi Windows 7 akan ditamatkan pada tahun depan iaitu sekitar Julai 2021.
Sungguhpun pelayar ini tidak sepopular Google Chrome atau Mozilla Firefox, sokongan rasmi pada pelayar Edge berasaskan Chromium ini membolehkan pengguna Windows 7 masih lagi boleh memanfaatkan penawaran fungsi terkini pada pelayar berkenaan.
Pelayar Microsoft Edge berasaskan Chromium ini pertama kali diumumkan pada tahun lepas dan mula diluncur masuk bermula awal tahun ini. Pelayar ini merupakan pengganti kepada pelayar Edge versi lama. Berbeza dengan versinya yang terdahulu, Microsoft Edge versi baru ini menumpukan kegunaan perniagaan dan amat bermanfaat untuk pengguna sektor perusahaan.
Bagaimanapun, Microsoft tetap menggesa para penggunanya supaya beralih ke Windows 10 untuk mendapatkan sokongan rasmi dari masa ke semasa. Sokongan rasmi untuk Windows 7 telah ditamatkan pada Januari tahun ini.













