Utama Komputer Microsoft terbitkan binaan pertama Pelayar Edge berasaskan Chromium

Microsoft terbitkan binaan pertama Pelayar Edge berasaskan Chromium

729
1

Binaan pertama pelayar Microsoft Edge berasaskan Chromium kini telah diterbitkan secara rasminya untuk pengguna Windows 10.

Selepas 23 tahun membangunkan enjin pelayarnya sendiri, Microsoft telah mengumumkan pada penghujung tahun lalu bahawa pelayar Edge bakal dibangunkan semula berasaskan Chromium. Sungguhpun binaan awalnya telah tertiris sejak Mac lalu, kini binaan pertamanya telah diterbitkan secara rasmi.

Microsoft turut mengikuti kitaran pembangunan yang hampir sama dengan Chrome dan Firefox dengan memperkenalkan saluran-saluran berikut:

  • Saluran terbitan harian untuk binaan yang tidak diuji melalui Canary Channel
  • Saluran terbitan mingguan untuk binaan yang siap diuji melalui Dev Channel
  • Saluran Beta/Stable yang dikemaskini setiap enam minggu

Pelayar ini hanya ditawarkan untuk Windows 10 sahaja buat masa ini dan versi untuk platform lain seperti Windows 7, Windows 8.1, dan macOS bakal menyusul tidak berapa lama lagi.

Di dalam sebuah artikel di dalam laman blognya, Microsoft turut menyatakan beberapa peningkatan telah pun dilaksanakan melalui projek Chromium berkenaan. Misalnya, membolehkan pelayar ini digunakan pada laptop Windows berasaskan cipset Qualcomm melalui kerjasama jurutera-jurutera dari Google.

Lain-lain penambahbaikan termasuklah keserasian yang lebih baik dengan papan kekunci sesentuh Windows, sokongan Windows Hello di dalam API Pengesahan Web (Web Authentication) dan juga sokongan kontras tinggi yang lebih baik.

Microsoft Edge untuk Android bagaimanapun tidak terkesan dengan perubahan ini memandangkan versi berkenaan sudah pun dibina berasaskan Chromium.

Sumber berita diperoleh dari Windows Blog

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.