Maybank akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sistem pada Sabtu 24 Julai 2021 dari jam 11.30 malam sehingga 11.59 malam.
Pelaksanaan penyelenggaraan ini bertujuan memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik buat seluruh pelanggan-pelanggan Maybank.
Sepanjang tempoh tersebut, sebahagian perkhidmatan Maybank tidak dapat diakses oleh pengguna iaitu, Maybank2u & pembayaran atas talian, aplikasi MAE, aplikasi QRPay Biz, aplikasi Maybank Wealth, pembayaran FPX, transaksi kad debit, mesin ATM, dan mesin pendeposit cek.
(1/3) #MBBAlert Dear valued customers,
Please be informed that we’ve brought forward our daily maintenance window to 11.30pm until 11.59pm on 24 July 2021 (Saturday), so that you can enjoy your online shopping without any interruption from midnight.
— Maybank (@MyMaybank) July 22, 2021
Para pelanggan yang ingin mendapatkan keterangan lanjut berhubung perkara ini boleh menghubungi pihak Maybank melalui mgcc@maybank.com.













