Maybank baru-baru ini telah mengumumkan penamatan penggunaan Kod Pengesahan Transaksi (Transaction Authentication Number, TAC) berasaskan SMS untuk pembayaran bil dan transaksi GIRO antara bank (IBG) untuk perbankan dalam talian Maybank2U bermula 15 Mac 2021.

Pelanggan perlu menggunakan fungsi Secure2u bagi tujuan pengesahan transaksi-transaksi berkenaan. Bagi anda yang jarang menggunakannya, Secure2u merupakan kaedah pengesahan yang memautkan ID pengguna Maybank2u dengan sesebuah telefon atau tablet.

Secure2u mempunyai dua fungsi utama dengan salah satunya sebagai penjana Secure TAG dengan menyediakan 6-digit Secure TAC terus ke peranti pengguna. Manakala fungsi Secure Verification pula akan meminta pengesahan dari pengguna melalui notifikasi pada peranti ketika transaksi sedang dilakukan.

Sebelum ini pengguna Maybank2u MY mempunyai pilihan sama ada ingin menggunakan fungsi Secure2u atau tidak. Fungsi Secure2u ini juga hanya boleh didapati menerusi aplikasi Maybank2u MY sahaja.

https://www.youtube.com/watch?v=dyR8mca3ldk

Bagi pengguna platfrom dalam talian Maybank lain iaitu MAE, kaedah pengesahan yang digunakan adalah One-Tap Authorisation. Secara amnya, lebih kurang sama dengan Secure Verification Secure2u tetapi hanya terhad pada penggunaan platform MAE sahaja.

Ini bukanlah kali pertama Maybank mewajibkan Secure2u kepada seluruh pelanggannya. Sebelum ini Maybank telah menetapkan kesemua transaksi melebihi RM3,000 melalui Mayban2u hanya dibenar menggunakan Secure2u sahaja berkuatkuasa 8 Mac lalu. Kini menerusi pengumuman terbaru ini, seluruh transaksi perlu menggunakan kaedah pengesahan Secure2u bermula 15 Mac 2021.

Tinggalkan komentar