Pengguna-pengguna Maybank dilaporkan mengalami masalah mengakses ke aplikasi mudah alih dan laman web Maybank2u sepanjang pagi ini. Terdahulu, perkhidmatan bank berkenaan turut mengalami masalah tergendala luar jangka di kedua-dua platformnya pada minggu lepas.
Sehingga artikel ini ditulis, kedua-dua perkhidmatan dalam talian ini masih lagi tidak dapat diakses oleh sebilangan pengguna dan berdepan dengan masalah-masalah lain yang masih lagi belum diketahui puncanya.
Berdasarkan ciapan yang dikongsikan oleh pengguna-pengguna Maybank2u di Twitter, masalah yang dihadapi di kedua-dua platform berkenaan adalah ralat komunikasi. Laman webnya pada ketika ini masih lagi boleh diakses, namun akan tersekat sebaik sahaja pengguna cuba mendaftar masuk.
Rest assured, we working closely to rectify this issue and it will be back to normal soon. Alternatively, you may use our MAE by Maybank2u apps to perform your banking transaction.
We appreciate your kind patience and cooperation. Thank you. (2/2)
— Maybank (@MyMaybank) November 30, 2020
Sebagai langkah sementara, pihak bank telah menasihatkan para penggunanya untuk menggunakan aplikasi MAE untuk melakukan transaksi sehingga masalah ini dapat diatasi.
#MBBAlert
Kindly be informed that our Maybank2u web and app are currently experiencing some intermittent slowness but our MAE app is operating as normal.(1/3)
— Maybank (@MyMaybank) November 30, 2020
Aplikasi MAE merupakan aplikasi baharu dari Maybank yang telah dilancarkan pada awal bulan lalu. Ianya disasarkan sebagai pengganti kepada aplikasi sedia ada Maybank2u dalam masa yang terdekat.
Buat masa ini pengguna perlu menunggu sehingga keadaan ini dapat dipulihkan oleh pihak Maybank.













