Maybank pada hari ini telah mengumumkan para pengguna kini boleh melihat dan memuat turun penyata Akaun Simpanan secara bulanan melalui laman web Maybank2U.

Anda boleh memuat turunnya dengan cara berikut:

  • Langkah 1: Log masuk ke www.maybank2u.com.my
  • Langkah 2: Pilih Akaun Simpanan (Savings Account)
  • Langkah 3: Tatal ke bawah dan klik pada ‘View Statements’
  • Langkah 4: Pilih tarikh penyata melalui pilihan menu ‘dropdown’ pada di sebelah atas
  • Langkah 5: Anda seterusnya boleh melihat penyata anda yang berkenaan atau memuat turunya mengikut keperluan anda.

Penyata yang ditawarkan buat masa ini hanya terhad untuk bulan Julai 2022 dan ke hadapan sahaja.

Sebarang pertanyaan dan khidmat bantuan, anda boleh menghantarkan emel kepada Khidmat Pelanggan Maybank Group di mgcc@maybank.com atau hubungi di talian 1-300-88-6688.

Tinggalkan komentar