Kita mungkin sudah melepasi era kegemilangan komputer peribadi desktop. Namun itu tidak bermakna komputer desktop sudah tidak relevan. Desktop PC is not dead, bak kata punk rocker tegar.
Tugas-tugas kebiasaan seperti memeriksa e-mail, berkomunikasi dengan kenalan dan bermain game yang dahulu hanya boleh dilakukan pada komputer desktop, kini boleh dilakukan pada telefon pintar dan tablet. Tetapi harus diingat, sehingga kini tiada seumpamanya yang mampu menggantikan kelancaran dan kepuasan penggunaan papan kekunci dan tetikus pada komputer desktop dalam meningkatkan produktiviti dan kepermainan game yang lebih awesome seperti Assassin Creed dan Mass Effect.
Manakala laptop pula, ia kini sedang berada dalam keadaan yang tidak menentu apabila syarikat pengeluar mula menumpukan pada pengeluaran peranti hybrid yang menggabungkan portability tablet dan kefungsian laptop. Komputer desktop, dalam satu sudut lain, masih tidak banyak berubah sebagaimana ia mula diperkenalkan pada dekad-dekad sebelumnya.
Bina atau beli siap
Untuk kegunaan pemprosesan huruf (Microsoft Office, Open Office dsb.), melayari laman web dan menonton video, komputer desktop yang dibeli pada harga dalam lingkungan RM500 di kedai-kedai komputer biasa sudah memadai. Laptop bawah RM1000 pun sudah cukup power untuk kegunaan biasa.
Namun, untuk anda yang taksub dengan kualiti grafik yang tinggi serta kepermainan permainan video yang canggih, keperluan anda terhadap spesifikasi komputer tentu sekali berbeza. Di sini kita akan dapat melihat kelebihan jika kita memasang sendiri komponen-komponen komputer desktop.
Spesifikasi komputer yang dikhaskan untuk bermain permainan yang tinggi kualiti grafiknya memerlukan pengguna mengeluarkan modal yang besar. Lihat sahaja pada siri desktop dan laptop Alienware dari Dell yang mencecah hingga ribuan ringgit.
Melainkan jika anda mempunyai pengetahuan yang luas tentang komputer, memasang sendiri komponen-komponen komputer adalah langkah berjimat cermat dalam zaman kemelesetan ini. Selain itu, pengguna yang memasang sendiri mempunyai kelebihan apabila mempunyai kebebasan untuk memilih sendiri perkakasan yang sesuai dengan keperluan.
Hal ini kerana, sesetengah penjual komputer peribadi desktop mengenakan cas harga yang amat tinggi untuk tiap-tiap naik taraf perkakasan yang dikehendaki pengguna. Walhal, kos naik taraf itu seperti kad grafik spesifikasi gaming yang dikenakan oleh penjual itu adakalanya hanya separuh dari kos sebenar.
Selain dari faktor penjimatan, kebanyakan orang membeli dan memasang sendiri komputer desktop hanyalah kerana untuk kepuasan diri. Barang yang dipasang sendiri lebih seronok digunakan berbanding barangan yang dibeli siap. Sama juga halnya dengan perabot IKEA yang dipasang sendiri. Walaupun cara pemasangan kita amat tidak senonoh, namun kita tetap berbangga dengannya hanya disebabkan ia datang dari ‘air tangan’ kita sendiri.
Manfaat memasang sendiri peralatan-peralatan ini termasuk pemasangan komputer desktop bukanlah boleh hadir begitu sahaja. Ia perlu datang bersama dengan kesabaran dan ketekunan untuk mendalami ilmunya. Jika tidak sabar, kita akan mudah berasa putus asa dan akan mensia-siakan proses pembelajaran kita.














Sejak desktop di rumah rosak dan mengikut kedai komputer tak ekonomik untuk dibaiki, rumah kami tak ada desktop lagi. Masing2 terpaksa guna laptop dan henfon untuk buat kerja atau melayan internet…
komputer desktop ada penggunanya tersendiri terutama yg rajin membaiki n mmasngnya sndiri…
Jelesnye aku kat org yg terer pasang n baiki sendiri desktop… huhuh
boleh jimat banyak kos sebab dah tahu spesifikasi komputer
Kos naik taraf komputer peribadi desktop menjadi tinggi disebabkan oleh labor charge yang tinggi.
lebih mudah dan murah, yang penting puas hati dengan spesifikasi yang kita mahu.
kalau ada pengetahuan hardware sikit bolehlah rakit sendiri lebih jimat
Saya tak reti pasang sendiri cuma taulah apa SOP yg perlu sikit2 hehee. Klu suruh org buat mmg tak tinggalkan.. mmg kena tengok agar puas hati…