
Masa untuk bermalas-malasan bagi orang yang sudah bergelar bapa seperti aku ini sudah tidak perlu diwujudkan lagi. Kalau boleh, malas ini aku mahu ianya diluputkan terus dari pemikiran aku.
Bukan apa, apabila sudah menjadi bapa, secara automatik aku menggalas tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga merangkap seorang seorang suami. Justeru, walau apa jua kelemahan dan kekurangan diri aku perlu atasi sebaik mungkin. Kelemahan dan kekuatan diri juga perlu dikenalpasti supaya sebarang permasalahan yang mendatang dapat dielakkan atau jika paling lekeh pun, dapat dikurangkan impaknya.
Memandangkan kekuatan kewangan bukanlah cabang kelebihan buat aku, maka kelebihan yang ada pada aku, mungkin adalah dari segi masa dan kudrat. Ilmu aku pula, bukanlah di tahap yang boleh dibanggakan. Malah, banyak lagi yang perlu dipelajari walaupun aku tidak berhasrat untuk menyambung pendidikan formal di mana-mana IPT dalam waktu terdekat ini.
Waktu untuk bermalas-malasan aku pada waktu ini banyak digantikan dengan menjaga anak, membaca dan juga menulis. Aku cuba melakukan sesuatu yang produktif di kala waktu senggang. Sebolehnya, perkara produktif yang aku lakukan ini dibuat dengan hati yang tenang dan gembira dan sebarang stress.
Sudahlah kerja hakiki yang dilakukan ini pun memberikan tekanan, takkanlah kerja sampingan pun hendak menambahkan lagi stress. Oleh sebab itu, aku memilih bidang penulisan sebagai cabang produktiviti dan menolak sebarang bentuk kerja part-time yang menambahkan stress.
Sudah pasti, bidang penulisan seperti menulis blog ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk menjana pendapatan sampingan. Ia memerlukan kerja keras dan konsistensi yang tinggi untuk mencapainya. Malah, bukan sedikit jumlah yang sudah kecundang dalam menggapai impian menjana pendapatan dari hasil penulisan blog atas faktor demografi penduduk Malaysia.
Justeru, pada diri aku sendiri, aku menulis sebagai salah satu usaha mematangkan fikiran dan juga untuk membina kekuatan diri dari dalam. Dunia ini bukanlah sekadar material dan wang ringgit sahaja.













Apabila dalaman kita kuat, luaran pasti akan jadi kuat juga 😀
Apa yang berlaku di dalam, akan terpamer di luar.
waktu jaga anak memang tak boleh nak update blog… kalau anak nampak ayah guna Ipad memang confirm dia amik. 🙂
Luahan hati seorang suami/ bapa… harap dapat menjalankan kehidupan lebih bahagia dari sesiapa pun… aminnn
Bersama-sama anak tak kiralah waktu apa pun adalah waktu yg paling berharga. Apa lagi kalau anak yg belum matang. Mereka suka bermain, berbual, bermanja dgn mak/ayah. Lagi pula bersama mereka adalah satu terapi minda terbaik berbanding ketika kita berada di pejabat..
kalau bersama anak sedara mahupun keluarga memang tak akan update blog ^_^
bila malas baca buku.Terapi minda saya.
mmg sakit bila kena virus malas. maunya dtg time2 duedate assignment nk dekat.
Jadi bapa klu malas mmg beratlah masa depan kan hmmm.. sabar je lah & teruskan usaha dgn usaha, doa & tawakkal kpd Allah swt…
Semoga dipermudahkan segala urusan ye syl..