Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah menafikan laporan berkenaan dakwaan kebocoran 4 juta data melalui laman web LHDN. Kebocoran tersebut dikatakan disebabkan oleh API dari myIDENTITI.
Dalam pada masa yang sama, siasatan dalaman telah dijalankan oleh pihak LHDN. Hasil siasatan didapati tiada sebarang kebocoran maklumat dan data sebagaimana yang telah dilaporkan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan menerusi Facebook rasmi LHDN ini turut memberikan jaminan keselamatan data dan maklumat dalam simpanannya.
Kerjasama antara agensi melibatkan JPN, Majlis Keselamatan Negara, Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan LHDN turut diadakan untuk menyiasat dakwaan berkenaan.